PETUA KULIT MUKA KERING
Kulit yang kering umumnya kelihatan kusam kerana kurangnya lembapan.Kulit kering dan kasar terutama pada bahagian wajah akan hanya mempercepatkan proses penuaan jika tidak diambil langkah untuk mengatasi masalah tersebut.
Jika ianya tidak dirawat mungkin akan menyebabkan keadaan yang lagi serius seperti dermatitis,bengkak dan kemerah-merahan
Antara punca kulit wajah menjadi kering adalah:
1.Perubahan Cuaca
Perubahan cuaca mungkin disebabkan oleh kawasan yang berpenghawa dingin. Kulit akan cepat kering dan meninggalkan garis putih bila digaru.Ia petanda kulit anda kering.
Begitu juga jika anda melancong ke luar Negara.Perubahan cuaca secara drastik boleh menyebabkan kulit anda hilang lembapan.
2.Kerap Mandi Air Panas
Mungkin pada anda ianya tidak begitu terkesan pada kulit.Tapi tahukah anda kekerapan berbuat demikian hanya akan menghilangkan minyak semulajadi pada kulit anda.Tanda-tanda kulit anda kering ialah apabila selesai mandi ,kulit akan terasa tegang dan ketat.
jadi bertukarlah kepada air pancuran pada suhu biasa.
3.Penggunaan Sabun Berbusa
Tahukah anda produk pencuci wajah yang berbusa akan menyebabkan kulit anda kelihatan sangat kering.Ini kerana buih tadi akan menyerap segala minyak yang terdapat pada lapisan kulit.Fungsi minyak semulajadi tersebut adalah bagi menghalang air dari diserap keluar oleh kulit. Jika anda mempunyai masalah kulit kering, adalah dicadangkan anda mencari “mild skin cleanser” dari membeli sabun.Atau gunakan sabun/pencuci wajah tanpa busa(soap-free)
Petua Kulit Wajah Kering
1.Vitamin /Suplemen yang Sesuai
Banyak vitamin berperanan penting pada kulit Anda. Nutrisi paling penting termasuklah vitamin A, C, E, dan vitamin B kompleks. Vitamin E dan C paling terbaik untuk atasi kulit kering dan kusam.
0 comments:
Post a Comment