Set
Ibu hamil Shaklee membekalkan nutrien yang terbaik untuk ibu &
bayi. Nutrien yang diekstrak dari sumber semulajadi terbukti secara
klinikal, selamat, berkesan dan berpatutan.
OsteMatrix(calcium magnesium)
Ibu
yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini
mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.. Setiap
1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium
berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta
menguatkannya.. vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium
sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan
tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna.
Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot dan
menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi.
Sekiranya
ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi
dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan
gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak
mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang
ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah
kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.
Energizing Soy Protein
Ianya
sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan
enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan
menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit.
Protein
yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga
dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di
mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia
juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat.
Selain
itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak
membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung
perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, kekuatan uterus/
rahim serta menyokong perkembangan dan tumbesaran bayi. Keperluan
protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu
memaksimumkan pertumbuhan fetus.
Omega 3 (Omega Guard)
Ianya
sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal
pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan
EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby.
Untuk
ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Tidak
kurang pentingnya, Omega mengelakkan sakit2 sendi yang kadangkala
berlaku terutamanya di bahagian lutut akibat menampung berat badan yang
bertambah dengan peningkatan berat janin.
Vitamin B Complex
B
Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik
dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang
dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan
saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan
sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi
menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu
merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana
masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal
minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.
Vitamin C
Melindungi
sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan
sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi
yang sihat. Ianya juga membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan
tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin
C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang
sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam
darah.
Vita-Lea Iron Formula
Vita-Lea
adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di
dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah
masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. AOleh itu,
pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.
Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana
banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung
bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula
memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi,
sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya...Oleh itu,
pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang
sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..
0 comments:
Post a Comment