Tuesday, January 28, 2014

HERBLAX


Manfaat utama

* Pembersihan najis yang tersekat
* Merangsang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
* Membantu masalah sembelit
* Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
* Mengempiskan perut
* Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba

Perbezaan Shaklee

Ramuan asas produk ini terdiri daripada kombinasi sains perubatan tradisi dan teknologi barat. Ia mengandungi 9 herba semulajadi : alfalfa leaves, senna leaver, anise seed, blue malva flower, buckhorn back, licorice root, rhubarb root, fennel seed dan culverr's root. Sifatnya yang menggalakkan tindakan pembersihan yang lembut terbukti kesesuaiannya secara klinikal untuk digunakan oleh tubuh kita untuk jangka masa panjang.

Keterangan kandungan herblax
Formulasi yang Dipaten!

1) Senna leaves
- Merangsang tindakan pembersihan yang lembut pada usus dan perut, percepatkan proses detoksifikasi dan mengurangkan penyerapan lemak

2) Buckhorn bark
- Melembutkan najis untuk memudahkan pergerakan dan memberikan lembapan kepada usus

3) Licorice root
- Membantu proses detoksifikasi

4) Fennel seeds
- Mengeluarkan toksin yang terkumpul akibat lebihan makanan dan pengambilan alkohol, membantu pencernaan dan berkesan untuk masalah sembelit dan kembung perut atau usus

5) Anise seeds
- Merangsang pengeluaran jus gastrik untuk membantu proses pencernaan

6) Rhubarb root
- Herba yang banyak digunakan dalam perubatan Cina untuk digunakan sebagai antibiotic

7) Blue malva flower
- Membantu proses detoksifikasi dan mengimbangi tekstur kulit

8) Culver's root
- Membantu masalah lebihan air dalam badan dan asma

9) Alfalfa leaves
- Membersihkan usus, darah dan hati

Untuk  pertanyaan lanjut


Continue Reading

Shaklee Collagen Powder

COLLAGEN POWDER


Manfaat Utama

* Semakin kita menua, tubuh kita menghasilkan semakin kurang dan semakin kurang kolagen, mengakibatkan lebih banyak kedutan dan garis halus, disamping kulit yang semakin kendur. Umur bukanlah hanya satu faktor yang menyebabkan kekurangan kolagen di dalam tubuh kita. Kerosakan kolagen juga boleh dipercepatkan dengan faktor luaran seperti matahari, radikal bebas di udara, air dan nutrisi, merokok dll. Justeru itu, Shaklee Collagen Powder mampu membantu kulit kita mengekalkan elastisiti semulajadi dan memperlahankan kehadiran kedut-kedut.

* Tampak Lebih Muda
- Kolagen juga bermanfaat dalam membantu menguatkan rambut dan merangsang pertumbuhan semula.
- Kuku akan menjadi lebih kuat, bintik putih akan hilang dan pangkal kuku akan mengekalkan warna yang sihat.
- Kulit akan kurang kering dan elastisiti akan bertambah baik. Kulit juga akan sembuh dengan cepat dan ini akan membantu mengurangkan parut.
- Membantu menghilangkan tanda penuaan. Dalam kes saya, tanda penuaan di belakang tangan saya telah hampir hilang.

* Rasa Lebih Muda
- Kolagen adalah sama penting untuk tulang dan dan mengurangkan kemungkinannya menjadi rapuh.
- Kolagen juga membantu mengurangkan kesakitan dan geseran di sendi-sendi.
- Baik untuk mata. Kornea memerlukan kolagen dan ianya membantu mengekalkan otot mata supaya tetap anjal.
- Memastikan otak sentiasa sihat. Sel juga membekalkan nutrisi kepada otak dmakin anda dan ini disokong oleh kolagen. Adalah penting untuk menentukan agar otak anda mendapat manfaat kolagen agar minda anda tetap berkeadaan baik semakin anda menua.

Perbezaan Shaklee

* Mengandungi 4,000mg Kolagen RSS (Sisik Ikan Merah) proprietri, sejenis kolagen tulen dan bermutu tinggi yang diekstrak dari Sisik Ikan Merah.

* Kolagen Shaklee adalah sangat rendah dalam berat molekular, sekitar 1,000 Dalton (berat molekular kolagen disukat dalam Dalton) amat mudah diserap oleh tubuh dan membantu meningkatkan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan.



* Tujuh ramuan utama termasuk ekstrak biji Camelia japonica, kolagen okan, ekstrak kekerang, Lactobacillus acidophilus, Vitamin C, dan Vitamin B, digabungkan untuk mempertingkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luar.

***Terbukti berkesan dalam tempoh 8 minggu!!


Fungsi Ramuan Utama

1. Kolagen dari sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan.

2. Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

3. Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camilla Japonica, membantu formasi kolagen dari asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

4. Elastin dari kolagen ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

5. Vitamin c dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

6. Ekstrak kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

7. Lactobacillus acidophilus
Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.

Untuk pertanyaan lanjut



Continue Reading

Sunday, January 26, 2014

Pengedar Paka,Dungun


  • NURFATIHAH BT.AHMAD RAZALI - 012.934.1516
  • SALIZA BT.ZAKARIA      - 013.962.4331
  • SABARIAH BT.MOHAMED - 013.909.7784
  • AMALINA BT.SELAMAT   - 013.956.1344
  • NOR AZIRA BT.MOHD AMIN - 013.940.8008 
  • ROZITA BT.MOKHTAR  - 017.961.5342
  • SITI RADHIAH SALIM - 013.614.8578


Continue Reading

Friday, January 24, 2014

Thursday, January 23, 2014

Breastfeeding-supply & demand

Credit to:master fazliana jamil

Soalan yang sering di tanya oleh ibu2 yg mengharapkan susu banyak dengan cepat dan mudah.Antaranya :
1) Makan shaklee boleh banyak susu?

2) betul ke vitamin Shaklee boleh buat susu banyak?

3)Kenapa saya makan vitamin Shaklee tapi susu tak banyak pun?

4) Saya dah ambil vitamin Shaklee tapi takde kesan pun?
Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dan info agar tidak berlaku lagi salah faham mengenai vitamin dan penyusuan.Untuk makluman ibu2, vitamin Shaklee BUKAN UBAT dan BUKAN sesuatu yg AJAIB banyakkan susu.Susu badan tak boleh banyak dalam sekelip mata...blink blink ehhhh susu dah banyak. Ibu-ibu kena faham , vitamin Shaklee hanya MEMBANTU dalam banyakkan susu badan.Jadi, sangat PERLU consume vitamin Shaklee bersama tips2 n rules pengambilan vitamin dan tips banyakkan susu.Secara asas, sekiranya badan kita dibekalkan vitamin-vitamin yg cukup, ia akan memastikan kesihatan tubuh badan secara menyeluruh, badan sentiasa bertenaga dan cergas, tak lesu tak letih...jadi tekanan/stress dapat dikurangkan.Dengan itu, badan kita akan mudah menghasilkan susu dengan lancar dan optimum jika disertakan bersama tips2 banyakkan susu. susu tidak akan banyak dengan hanya makan suppliment semata2.Suppliment adalah bantuan tambahan untuk membekalkan zat2 makanan yg tak cukup bagi badan kita.
Ibu-ibu disarankan KERAP kosongkan breast seperti sesi mengepam/ direct breastfeeding paling kurang 2-3 jam sekali. makanlah berdozen2 vitamin sekalipun, minumlah berliter2 milk booster, jika konsep Supply vs Demand dianggap remeh dan tak dipatuhi, maka penyusuan menjadi amat sukar.
Amalkam Power Pumping.
Banyakkan minum air kosong.
 Elakkan ambil air ais.Jangan skip meals! Susu datang dari pemakanan yg seimbang oleh ibu-ibu. Kalau tak makan, mana nk datang susu kan???Paling penting yakinlah hanya Allah sahaja yang memberi rezeki susu. Konsisten lah dalam amalan rohani seperti berzikir, istighfar kepada Pemberi Rezeki susu ibu.

Saya sertakan di sini 8 Tips* membantu banyakkan susu ibu. *

1)Pastikan jadual pam yang teratur. Jangan pula hari ni pam, esok tak pam. Perlu diingat pengeluaran susu badan adalah mengikut demand. Jika tiada demand maka isyarat untuk menghasilkan susu tiada. Maka terjadilah susu semakin lama semakin kurang.

2)Direct feed sekurang-kurangnya 2 jam sekali atau jika tidak boleh perlulah pam. Jangan biarkan breast terasa penuh baru hendak pam. Perkara ini juga boleh mengganggu pengeluaran susu.

3)Jangan bandingkan kuantiti susu kita dengan susu badan orang lain. Bila tengok orang boleh simpan beratus-ratus botol stok, mulalah kita merasa rendah diri dan tidak yakin boleh buat sebaik orang lain. PERLU diingat susu ibu setiap individu adalah berbeza dan sudah tentu ianya memadai untuk setiap bayi.

4) Fikir positif bahawa susu sentiasa cukup untuk bayi. Jangan sesekali mulakan dengan pemberian susu formula semasa pantang kerana jika dimulai dengan formula, susu badan pasti tidak akan dapat bertahan.

5)Berilah seberapa kerap bayi inginkan. Tidur bersama bayi di waktu malam adalah waktu paling bagus untuk stimulate pengeluaran susu. Jangan pula 'spare' susu botol di sebelah, risaukan bayi tidak cukup susu.

6)Amalkan pemakanan yang sihat.Tidak bermakna bila menyusu badan kita perlu makan untuk 2 orang. Yang penting, jaga makan dengan makan berkhasiat dan tidak skip makan semata-mata untuk kembali langsing dengan cepat. Dengan menyusu juga kita sudah boleh membakar kalori dengan percuma. Jangan jadikan alasan menyusukan boleh menggemukkan. Yang jadi gemuk sebab semua makanan kita nak bedal.

7)Berdoa dan bertawakal padaNya. Amalkan 'Ya Matin' sebagai doa untuk membanyakkan susu.

8)Boleh mengambil supplement untuk menjaga kecergasan ibu supaya sentiasa bertenaga kerana jika tidak bertenaga dan lemah, bagaimana ibu boleh meneruskan dengan jadual pam dan melayan karenah bayi. Saya doakan agar ibu-ibu mendidik diri, mendidik hati agar lebih konsisten dan berdisiplin dalam pengambilan vitamin, makanan yang seimbang serta amalan rohani jika ingin berjaya dalam penyusuan selama 2 tahun. "Tak senang untuk menjadi senang, Tak susah untuk menjadi susah". Ingat ye ibu-ibu, NIAT dan KATA HATI yang kuat dan PERCAYA diri sendiri mampu memberi susu yang banyak, pasti akan berjaya dalam penyusuan susu ibu. Minda separa sedar kita sebenarnya banyak mempengaruhi perbuatan harian kita. Jadi sekiranya NIAT dan KATA HATI kita kuat, kita akan sanggup melakukan apa sahaja demi anak tersayang walaupun terpaksa bangun 2-4 pagi utk sesi pam/kosongkan breast.

Untuk sebarang pertanyaan

Continue Reading

Tuesday, January 21, 2014

Get Clean® Water Pitcher

Get Clean® Water Pitcher


MEMPERKENALKAN GET CLEAN® WATER Get Clean® Water merupakan sistem penurasan air multi-paten baru yang menghasilkan air yang lebih sihat. Berbanding dengan jag air yang lain, Get Clean® Water menggunakan sebatang blok karbon padu untuk membersihkan air anda serta mengurangkan bahan-bahan cemar yang sukar disingkirkan termasuklah kandungan plumbum sehingga 99%.

Get Clean® Water merupakan sistem penuras jag air pertama yang menggunakan blok-karbon yang boleh diisi semula. Jadi, kuranglah botol plastik yang perlu dibuang. Ia juga berupaya menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan.

Air yang lebih bersih dan sihat ataupun bumi yang lebih bersih dah sihat Sudah tentu kita boleh menikmati semuanya!

Menandingi Jenama Terkemuka yang Lain! • Disahkan dapat mengurangkan kandungan plumbum, merkuri, kadmium dan bahan-bahan cemar lain. disamping mengekalkan kandungan mineral air yang sihat! • Disahkan dapat mengurangkan klorin, jadi ia dapat mengurangkan ancaman kesihatan yang disebabkan oleh bahan sampingan klorin! • Disahkan dapat menuras 303 liter (80 gelen) air bagi setiap turasan -dua kali ganda lebih daripada jenama terkemuka. • Sistem Penuras Jag Air berblok- Karbon Isian Semula yang pertama

Pilihan Bijak! • Hanya beberapa sen bagi seliter air • Air yang lebih sihat dan rasanya yang enak • Jag Air bermeter automatik pertama yang menunjukkan jumlah gelen air yang telah dituras- tidak memerlukan kuasa elektrik • Ringan dan mudah dibawa • Menjimatkan kos – tanpa perlu dimasak

KEISTIMEWAAN SHAKLEE SELAMAT: “Menyingkirkan kandungan plumbum” dan banyak bendasing lain Get Clean® Water ini berupaya mengurangkan pelbagai jenis bahan cemar berbahaya yang mungkin terkandung di dalam air. Ia juga diiktiraf oleh Persatuan Kualiti Air (Water Quality Association [WQA]) yang ianya dapat mengurangkan plumbum dan banyak bendasing lain.

PILIHAN BIJAK: Menjimatkan Kos Rakyat Malaysia banyak membazirkan wang dengan meminum air botol. Dengan hanya berapa sen seliter sahaja, Get Clean® Water dapat memberikan air yang bersih dan rasanya yang enak dengan meter bijak yang menandakan bilakah masanya untuk anda menukar penuras tersebut tanpa perlu mengagaknya.

HANDAL: Lebih banyak air bersih pada setiap masa Get Clean® Water menghasilkan 303 liter (80 gelen) daripada setiap turasan yang mana dua kali ganda lebih banyak berbanding jenama lain dan mengurangkan bahan cemar yang mungkin wujud dalam air dan berbahaya kepada kesihatan anda.

MESRA ALAM: Memelihara alam sekitar Get Clean® Water ini menggunakan sistem Penuras Jag air dengan blok-karbon isian semula yang pertama, di mana ianya dapat mengurangkan timbunan sisa. Dan lagi, setiap penuras diperbuat daripada arang tempurung kelapa yang tahan lasak dan baik terhadap alam sekitar.


Continue Reading

SHAKLEE - MLM xlulus syariah?

Assalamualaikum & good day,

1st of all,
CREDIT TO:http://wafiqulya.blogspot.com/2013/06/shaklee-mlm-tak-lulus-syariah.html 


Bila sebut MLM semua fobia...MLM xjujur la..sistem piramid la..org atas goyang kaki dpt untung dr org bawah la....jom tgk checklist berikut.,supaya anda di luar sana betol2 faham konsep MLM dalam SHAKLEE..

Ini adalah syarat-syarat yg wajib ada pada MLM yg patuh syarak.


1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya.


Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).


2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh.


Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.


3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. 


Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.


4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya.


Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game) atau head hunter.


5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya.


Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.


6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya.


Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.


7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.


Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.


8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.


9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.


Diharap anda dapat membuka mata dan akal untuk melihat Islam adalah agama yg MENGAWAL bukan MENGHALANG. Dikawal perniagaan agar semua pihak tidak rugi dan keadilan sosial dapat ditegakkan. Jangan sampai anda menggunakan agama untuk menjadi lapik alas bagi alasan untuk tidak bergiat dalam bidang perniagaan atau menghalang niat muslim yg lain untuk berniaga.


Jika diperhalusi, bukankah syarikat anda bekerja juga melakukan skim MLM atau sistem piramid dan itu mungkin lebih teruk lagi jika tidak dikawal. Contohnya, jika saya tanyakan berapa orang CEO syarikat anda? Tentu jawapannya seorang sahaja. Tiada dua. Pengurus pula berapa? Tentu dijawab 4-5 orang atau lebih, pekerja bawahan tentulah lebih ramai dari atasannya. Bukankah begitu?


Dari segi keuntungan pula, berapa keuntungan yg anda dapat berbanding atasan anda jika syarikat anda mendapat laba RM 10 juta sebagai contoh. Tentu semua akan menjawab yg di atas tentulah mendapat keuntungan/gaji/bonus yg lebih tinggi dari org bawahan. Inilah SISTEM PIRAMID MLM tetapi kenapa dibenarkan? Sebab ia adalah betul dan dibenarkan oleh syrak dengan syarat-syarat tertentu. Hendak tahu syarat-syaratnya, sila bertemu para ulama dan belajarlah 4-5 tahun lagi untuk memahaminya secara mendalam.


Yang penting, jangan menampakkan Islam sebagai agama RIGID dan akhirnya umat Islam sendiri kurang produktif dari sudut ekonomi dan kekal miskin selama-lamanya.


Anda juga boleh merujuk kepada http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html.
Continue Reading

Sunday, January 19, 2014

HALALKAH produk shaklee?

Assalamualaikum. ..


Wajib bagi kita umat islam utk mengetahui halal haram sesuatu produk sebelum menggunakannya.
Adakah produk shaklee HALAL?

ISA(islamic services of america) merupakan badan yg bertanggungjawab menyelia status halal utk setiap produk yg masuk ke malaysia.Ramai juga yg tidak tahu bahawa ISA juga merupakan badan yg diiktiraf oleh JAKIM..

Sijil halal berikut bertarikh 21 jan 2014..boleh juga didapati di website shaklee malaysia



Sijil halal shaklee(M)
21 jan 2014

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi sy 

Sid:920602 (Nur Arfah binti Mirus)
019.311.5284 (sms/whatsapp)





Continue Reading

MEAL SHAKES

As salam & selamat pagi ols..
 
Inilah produk yg memperkenalkan saya dengan shaklee..seterusnya terjebak menjadi pengedar sah kerana keberkesanannya terhadap 2 org anak perempuan sy..Pada asalnya ingin menyelesaikan masalah kurang selera makan mereka..tapi dpt extra lagi...xde dah sembelit ...imun sistem makin kuat (xde la asik check in hosp..sebelum ni 2bulan sekali confirm warded..masalah kuman pd paru2..)..sekarang alhamdulillah.Si manja anda wajib cuba!!..


6 fakta tentang Meal shakes:

1. Nutrisi Lengkap Menyediakan 24 jenis vitamin A- Z ,mineral dan ‘Trace Mineral’.Kekurangan ‘trace mineral’ akan memberi kesan kepada penyerapan vitamin-vitamin dan menyebabkan enzim tidak aktif. Ia juga mengandungi soya lecithin yang bertindak dengan vitamin larut lemak. *Sesuai untuk mereka yang ‘susah’ menelan pil dan juga mereka yang ingin menjaga berat badan.

2. Membekalkan Nutrien Kepada Sel-sel Kaya dengan protein (tidak mengandungi laktosa) yang membantu dalam membentuk kulit, kuku, rambut,organ-organ, darah, sel-sel imunisasi dan sebagainya. *Badan lebih sihat. Malah Protien juga penting untuk penghasilan susu badan.Sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusukan anak.

3. Untuk Pembesaran Mengandungi asid folik, Biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium yang diperlukan untuk membina tulang dan sel-sel dalam proses membesar. *Sesuai untuk tumbuhbesaran anak-anak dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang sedang mengandung.

4. Anti-oksida Mengandungi vitamin A, C, E, zink dan selenium yang merupakan komponen anti-oksidan untuk anti-penuaan. *Sesuai untuk mereka yang ingin kelihatan lebih muda dan mementingkan kecantikan.

5. Pemulihan Kulit Mengandungi lengkap vitamin B-Kompleks, iron, copper untuk membentuk sel darah merah yang sihat, sekali gus meningkatkan warna kulit. *Sesuai untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik dan halus mulus.

6.Detox Kaya dengan serat yang membantu (peristalsis kolon dan perut / buang air besar) untuk menyingkirkan lemak berlebihan dan bahan buangan daripada kolon dan perut. *Sesuai untuk kanak-kana serta orang dewasa yang sering mengalami masalah sembelit.


Antara kebaikan Mealshake ini ialah : 

  • rasa vanila yang menjadi kegemaran kanak-kanak
  • sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 tahun keatas 
  • sesuai untuk seisi keluarga
  • Boleh menjadi instant sahur meal/ breakfast sekeluarga
  • Rendah lemak namun kaya dengan 19 vitamin utama, protein, fiber dan mineral sertakalsium yang penting untuk tumbesaran kanak-kanak.
  • Meal Shakes memberikan tenaga dan menguatkan sistem imun kanak-kanak
  • Memberikan kecergasan dan meningkatkan kesihatan
  • Mengurangkan eczema kepada kanak-kanak dan juga orang dewasa
  • Meningkatkan selera makan anak
  • Jika anak yang kerap demam lazimnya akan kembali sihat lebih cepat daripada biasa
  • Pilihan terbaik buat mereka yang tidak pandai telan supplement berbentuk "tablet"
  • menangani masalah sembelit pada kanak-kanak
  • amat bagus untuk kanak-kanak yang obesiti  

NOTE: Cara pengambilan mealshakes mengikut umur adalah berbeza.Jangan melebihi sukatan yg diberikan.

Untuk  keterangan lanjut












Continue Reading

Friday, January 17, 2014

SUPPLEMENT IBU HAMIL TRIMESTER 1

Set Shaklee membekalkan nutrien yang terbaik untuk ibu & bayi. Nutrien yang diekstrak dari sumber semulajadi terbukti secara klinikal, selamat, berkesan dan berpatutan. Apa yang ditawarkan oleh Shaklee  untuk anda dan bayi anda??


OsteMatrix(calcium magnesium)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.. vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot dan  menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. 

Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.



Energizing Soy Protein 
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 

Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 

Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, kekuatan uterus/ rahim  serta menyokong perkembangan dan tumbesaran bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.




Vitamin B Complex
B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.





Vitamin C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.





Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. AOleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya...Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..


Sila nyatakan budget agar kami boleh bagi cadangan vitamin asas untuk anda.
Continue Reading

SUPPLEMENT IBU HAMIL TRIMESTER 2 & 3

 
 
Set Ibu hamil Shaklee membekalkan nutrien yang terbaik untuk ibu & bayi. Nutrien yang diekstrak dari sumber semulajadi terbukti secara klinikal, selamat, berkesan dan berpatutan.


OsteMatrix(calcium magnesium)
Ibu yang mengandung memerlukan 1000mg-1300mg sehari. Ostematrix ini mengandungi kalsium, magnesium dan vitamin D. Kiranya 3 in 1 la.. Setiap 1 biji OsteMatrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya.. vitmain D pula untuk merangsang penyerapan kalsium. Kalsium sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi dan pembentukan tulang bayi. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot dan  menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. 

Sekiranya ibu mengandung kekurangan kalsium ia akan menjejaskan pertumbuhan bayi dan turut menyebabkan penyusutan jisim tulang dan berlakunya kerosakan gigi kepada ibu itu sendiri. Ini kerana apabila kalsium untuk bayi tidak mencukupi maka badan ibu dengan sendirinya menarik kalsium dari tulang ibu untuk membantu menguatkan bayi dan kesannya ibu mungkin terdedah kepada risiko mendapat osteoporosis di usia tua.


Energizing Soy Protein
Ianya sangat penting untuk membina dan memperbaharui se-sel tisu, hormon dan enzim di dalam tubuh. Sangat diperlukan oleh wanita yang mengandung dan menyusukan anak. Penting untuk pembentukan kuku, rambut dan kulit. 

Protein yang berkualiti sangat membantu pertumbuhan yang baik. Ianya juga dikatakan kunci untuk melawan penyakit. ESP juga memberi ibu tenaga di mana bagi mereka yang mengalami morning sickness yang agak teruk. Ia juga memelihara dan mengelakkan janin menjadi cacat. 

Selain itu, protein ini juga membantu membekalkan asid amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi. Keperluan protein sewaktu mengandung perlulah mencukupi bagi membantu pertumbuhan plasenta, kekuatan uterus/ rahim  serta menyokong perkembangan dan tumbesaran bayi. Keperluan protein ini semakin penting ketika memasuki trimester ke 3 bagi membantu memaksimumkan pertumbuhan fetus.



Omega 3 (Omega Guard)
Ianya sangat penting dalam membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Mengandungi DHA yang sangat penting untuk otak. DHA dan EPA dari Omega ni penting untuk pembentukan otak dan mata baby. 

Untuk ibu pula, ia membantu mengawal paras kolesterol dalam badan. Tidak kurang pentingnya, Omega mengelakkan sakit2 sendi yang kadangkala berlaku terutamanya di bahagian lutut akibat menampung berat badan yang bertambah dengan peningkatan berat janin.




Vitamin B Complex
B Complex Shaklee adalah unik kerana ia telah lengkap dengan asid folik dan juga 8 kumpulan B. Asid folik sangat penting untuk pembinaan tulang dan bagi mengelakkan kecacatan pada janin, mengurangkan risiko kecacatan saraf pada bayi khususnya 'spina bifida'. Ibu memerlukan sekurang-kurangnya 400 mg keperluan asid folik sehari. Penting bagi menjamin keperluan asid folik ini mencukupi 3 bulan sebelum ibu merancang untuk mengandung hinggalah tempoh awal mengandung. Ini kerana masalah gangguan pertumbuhan saraf dan neuro ini boleh berlaku seawal minggu pertama mengandung ketika janin baru terbentuk.





Vitamin C

Melindungi sel penting dalam pembinaan kolagen dalam membina dan menguatkan sel-sel tisu dalam badan dan juga sangat penting untuk gusi dan gigi yang sihat. Ianya juga membantu meningkatkan taraf sistem pertahanan tubuh. 1 biji vitamin C bersamaan dengan 7 biji oren. Selain itu vitamin C juga dapat membantu mempertingkatkan kadar serapan zat besi yang sangat penting untuk pembentukan hemoglobin yang membawa oksigen dalam darah.





Vita-Lea Iron Formula

Vita-Lea adalah multivitamin jadi ibu tidak perlu mengambil obimin lagi. Di dalamnya kaya dengan iron (zat besi) di mana jika ibu ada masalah masalah pitam atau mudah pening ataupun masalah anemia. AOleh itu, pengambilan multivitamin amat penting semasa mengandung.


Penjagaan pemakanan amat penting ketika mengandung ni kerana banyak zat-zat dan nutrisi telah 'ditarik' oleh anak yang dikandung bagi pertumbuhan dan pembesaran di alam rahim. Masa mengandung ni pula memang ibu akan mengalami keletihan, lesu, penat, lenguh-lenguh sendi, sentiasa mengantuk dan seangkatan denganya...Oleh itu, pertumbuhan baby yg dikandung bergantung kepada pemakanan ibu yang sempurna..Peliharalah kesihatan anak anda sejak dari alam rahim lagi..
Continue Reading