Tuesday, May 26, 2015

Bahaya Serangan Jantung

1 daripada 3 kematian di Malaysia adalah disebabkan oleh sakit jantung

Sakit Jantung

Jantung manusia terdiri daripada serabut-serabut otot khusus yang bekerja untuk mengepam darah. Apabila otot jantung tidak mendapat bekalan darah yang cukup, seseorang itu dikatakan mengidap sakit jantung. Antara penyebab bekalan darah ke otot jantung tidak cukup, disebabkan saluran darah menjadi sempit kerana dinding sebelah dalam saluran darah dipenuhi lemak, terutamanya "kolesterol".

Serangan Penyakit Jantung
Penyakit jantung digambarkan sebagai rasa kesakitan yang amat sangat di bahagian dada yang berterusan sehingga setengah jam, menjalar kearah tangan kiri dan rahang. Pesakit akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan perasaan takut yang keterlaluan.
Sebab sebenar rasa kesakitan ini adalah disebabkan kematian sebahagian otot jantung yang disebabkan oleh salur darah di bahagian tersebut tersumbat. Lebih besar salur darah yang tersumbat, lebih merbahaya serangan jantung tersebut. Sekiranya saluran darah tertutup sepenuhnya, sebahagian dari otot jantung akan rosak. Kemudian, sakit dada yang teramat sangat akan terjadi. Keadaan inilah yang dinamakan "serangan sakit jantung".




Faktor Penyebab
Asap Rokok
  • Mempercepatkan pembekuan darah
  • Menggalakkan pemendapan lemak pada dinding saluran darah.
  • Mengurangkan bekalan oksigen ke jantung.
  • Tekanan Perasaan
  • Seseorang yang mengalami tekanan perasaan, degup jantungnya, meningkat.
  • Tekanan darahnya juga meningkat.
Kandungan Lemak Yang Tinggi
  • Lebih tinggi kandungan lemak, lebih berbahaya. Makanan yang tinggi lemak, adalah seperti mentega, minyak sapi, daging berlemak.
Kurang bersenam
  • Senaman penting untuk menguatkan jantung.
  • Ia juga penting untuk memperbaiki pengaliran darah ke
    jantung.  Bersenamlah.
Darah Tinggi
  • Darah tinggi menggalakkan berlakunya penyempitan saluran darah.
  • Jantung "terpaksa" mengepam lebih kuat untuk mengalirkan darah melalui saluran yang sempit itu.
  • Lebih tinggi tekanan darah, lebih besar pula peluang serangan sakit jantung.
Kencing Manis
  • Pesakit kencing manis lebih tinggi peluangnya mendapat serangan sakit jantung
Faktor-Faktor Yang Meningkatkan Kemungkinan Menghadapi Penyakit Jantung Koronari
  • Jika anda mempunyai keturunan yang mengidap penyakit jantung.
  • Jika anda berusia 35 tahun ke atas dan mempunyai masalah berat badan.
  • Jika anda merokok.
  • Jika anda gagal mengawal tekanan darah anda.
  • Jika anda mengidap penyakit kencing manis.
  • Jika anda menghadapi masalah mengawal tekanan.
  • Jika pemilihan makanan anda tidak betul makanan anda mengandungi kadar kolesterol dan lemak yang tinggi.
  • Jika anda kurang bersenam.
  • Jika anda kurang memakan sayur dan buah segar.
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
  • Anda boleh memastikan sama ada keluarga sebelah ibu atau sebelah bapa anda ada yang menghidap penyakit jantung. Sekiranya ada, anda perlu lebih berwaspada dengan tanda-tanda penyakit jantung dan digalakkan menjalani pemeriksaan tahunan.
  • Berhenti merokok terutama sekiranya anda berusia melebihi 35 tahun.
  • Mengambil ubat dan mengawal permakanan anda sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi atau kencing manis.
  • Mengawal tekanan perasaan anda dan jangan cepat meradang atau runsing.
  • Digalakkan memakan daging putih "white meat" seperti daging ayam, ikan, dan mengelakkan dari terlalu kerap memakan daging merah "red meat" seperti daging lembu, kambing, kerbau dan lain-lain sepertinya.
  • Mulalah bersenam secara beransur-ansur.
  • Gentian serat yang terdapat dalam makanan dipercayai boleh menyerap sebahagian dari lemak / kalesterol, oleh itu pakar permakanan mempercayai makanan yang banyak serat seperti bijiran oat dapat mengurangkan jumlah kalesterol yang diserap oleh badan.
Sumber Maklumat: Kementerian Kesihatan dan Utusan Malaysia

Supplement yang dapat membantu mengurangkan risiko sakit jantung
Continue Reading

Thursday, January 22, 2015

Saturday, August 9, 2014

Hand Dish Wash

Assalamulaikum & Morning ols..

Selain vitamins, shaklee juga ada pelbagai rangkaian produk pembersihan rumah.Antaranya pencuci pinggan mangkuk yg sgt best ni..testimonial sy sendiri...tgn sy mmg sensitif dgn sabun jenama AXIxx..KULIT AKAN KERING DAN MENGELUPAS..then tukarlah pd SUNXXXXX ...ok tapi cepat habis sbb buih sabun x tahan lama..lagi satu kalau basuh botol susu anak2 akan tinggalkan bau sabun...tapi dishwash shaklee mmg berbeza  bau yg harum dan fresh..kalo basuh botol anak2 xperlu dh rendam dgn air panas sbb xbertoksid..jimat sgt2...



Get Clean Dish Wash yg sgt best kerana:
• Lembut pada tangan
• Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
• Tahan lama kerana kepekatannya
• Menjadikan pinggan bersih berkilau
• Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
★Selamat
★Tidak bertoksik
★Hipoalergenik
★Tanpa klorin
★Lembut pada tangan
★pH seimbang
★Tanpa bahan kimia berbahaya
★Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
★Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
★Buih Sabun yang lebih tahan lama
★Mesra alam
★Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
★Tanpa fosfat
★Bungkusan boleh dikitar semula
★Tanpa bahan pewarna
★Selamat untuk sistem septik dan pembentungan






Continue Reading

Sunday, June 15, 2014

Produk Terbaru SHAKLEE - Phytocol ST

 Assalamualaikum & salam sejahtera..


Pada 7hb June 2014 shaklee telah melancarkan satu produk terbaru yg bakal menjadi antara hot produk shaklee. Memperkenalkan PHYTOCOL-ST yg dapat mengurangkan statistik 6juta penduduk Malaysia yg mengalami kadar kolesterol yang tinggi.

Apakah Kolesterol Tinggi

Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi ysatu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia
Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL ) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi ( HDL) , dan ketumpatan perantaraan ( IDL ). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui yang kepadatan anda mengalami .

Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin


 Rawatan yang boleh dilakukan

Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.
• Senaman yang kerap
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
• Had pengambilan alkohol
• Berhenti merokok
• Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
• 6-8 jam tidur satu malam

** phytocol -st shaklee




PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL

Kelebihan dan Keistimewaan Phytocol ST Shaklee.
  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Bagaimana Fitosterol bertindak
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol(berwarna hijau) bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam salur darah.Dengan pengambilan 1/2 jam sebelum makan dapat menghalang kolesterol LDL dr diserap oleh badan. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda. Sila lihat ilustrasi di bawah.





untuk lebih lanjut boleh terus berhubung dengan saya

 
Continue Reading

Thursday, June 12, 2014

Kenapa saya pilih SHAKLEE ?

Assalamualaikum  ols..

Semua pengedar shaklee ade ceritera masing2 macam mana boleh terjebak dlm biz shaklee ni...sama juga mcm sy..mai cek nak story..

Mcm mane sy boleh terjebak dgn biz shaklee??
Sy nk share sikit, dulu anak2 kerap keluar masuk hosp..setiap 2-3bulan wajib check in hosp..doc & nurses KSH pon naik jemu tgk muke kami..asik la berkampung di hosp..hehe..smpai satu masa sy terfikir,,why not sy cuba bg mereka supplement utk kuatkan imun sistem diorang.google punye google jumpelah info ttg mealshakes dr shaklee. Anak2 cuba utk sebulan..alhmdulillah bukan shj lebih kuat..tapi selera mkn makin bgus..xde masalah sembelit. .sejak dr tu mmg amalkn mealshakes aje lah..

Tak lama lepas tu bersalin pulak anak ke 3...sebelum2 ni mmg guna set bersalin tradisional..last2 xmkn pon..perap je dlm almari..habes  beratus-ratus juga..
kebetulan my senior masa sekolah (master fazliana) pm sy cerita pasal shaklee lah..mule2 tu x berapa minat sgt sbb ramai juga member2 yg recommend shaklee..entah kenape magnet master fazliana ni mmg kuat semacam..huhu..sy buat research sendiri ...set bersalin yg paling ngetop n paling best....last2 terpakse akur dgn shaklee..sy pm master fazliana bgtahu nk beli set bersalin + modal rm75 tu...alang2 masuk ahli sekali..huhuhu
Semakin hari makin ramai pulak yg bertanya...sejak sy share di fb..di fanpage..di blog..alhamdulillah. ..bulan 8 2013 sy jadi supervisor...berkat bimbingan master fazliana juga...nak tahu ape rahsia???
Kene rajin2 chit chat ngan upline(jumpe mmg xpernah..wasap je)..ape yg xtahu tyer...smpai kan 2-3 pagi pon sy kacau die..set resdung ape kak?? Set gout ape die??..mmg cabaran mule2 nak daki 6 steps dulu...skarang alhmdulillah ..target utk naik rank+car bonus..
walaupon lambat sedikit dsbbkan komitment pd anak2..tapi semua xmustahil..yg penting azam!!matlamat!!
♥Nak bantu org lain lebih sihat!!
♥nak.bantu org lain lebih kaya+berjaya
♥nak banyakkan sedekah +zakat
♥nak hantar parents buat umrah

InsyaAllah ..sekian
Continue Reading

Tuesday, May 20, 2014

Sunday, March 30, 2014

Set Kesuburan Suami & Isteri

Assalamualaikum & slmat pg.

Setiap pasangan yg berkahwin pasti ingin memiliki zuriat mereka sendiri..Jika masih tidak hamil selepas setahun berkahwin,dinasihatkan suami & isteri berjumpa pakar untuk mengenalpasti punca ketidaksuburan.

Pada masa yg sama , anda boleh mencari alternative lain iaitu dengan mengamalkan makanan tambahan/ supplement yg dapat menstabilkan hormon(isteri)& meningkatkan keupayaan sperma(suami).Ramai yg telah berjaya hamil dgn set kesuburan shaklee..usaha ...usaha..dan usaha..cuba shaklee juga merupakan salah satu usaha.


Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"

set kesuburan shaklee, cara cepat hamil, masalah kesuburan lelaki, punca haid tak teratur, cara banyakkan air mani, kelebihan GLA Shaklee, kelebihan zinc shaklee, asid folik untuk mengandung, tips cepat hamil, tips nak mengandung


Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan. 
 


  • Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

  • B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). 

  • Vita C
Memilili tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.


  • ALFALFA
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.


  • GLA COMPLEX
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.




  • VITAMIN E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.


  • ZINC COMPLEX
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

  • COQHEALTH PLUS
Meningkatkan Kesuburan Wanita 
Terdapat dua kemungkinan utama kepada hubungan CoQ10 untuk kesuburan. Salah satu faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan pemkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah besar tenaga dan memerlukan tahap CoQ10, yang terlibat dalam pengeluaran ATP yang juga merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.

Semakin meningkat usia kita, badan kita menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita. Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan Kanada yang dijalankan pada tahun 2009 telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang lebih tinggi dan kelahiran  anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.
semakin meningkat usia, CoQ10 semakin kurang dihasilkan
Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh fungsi mitokondria menurun sejak protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10 untuk sintesis.

Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat untuk menangani masalah-masalah ini adalah satu lagi faktor yang menjadikan CoQ10 bermanfaat untuk kesuburan. Fungsi antioksida adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel. 

Ini adalah salah satu bidang yang mempunyai lebih banyak penyelidikan diselesaikan setakat ini, dengan keputusan yang menunjukkan hubungan langsung antara tahap yang lebih tinggi CoQ10 dan peningkatan yang ketara dalam kedua-dua air mani dan sel sperma, serta peningkatan dalam pergerakan sperma.

Sebagai antioksidan, CoQ10 bertindak melawan radikal bebas yang terbukti berbahaya kepada kesuburan lelaki. Mengurangkan tahap tekanan oksidatif dengan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk meningkatkan jumlah sperma dan kualiti sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata.
Continue Reading