ASNITA DOLLAH - 019.932.2411
ASNITA DOLLAH - 019.932.2411
Adakah Makanan Kesihatan Memberi Manfaat?
Kalau kita ke supermarket atau farmasi, kita akan lihat banyak vitamin dan makanan kesihatan atau pemakanan tambahan yang dipamerkan. Maklumat-maklumat pemakanan yang tercatat di kotak produk tersebut sudah cukup untuk membuat kita pening kepala. Apakah vitamin atau mineral yang tercatat pada kotak-kotak tersebut dapat memberi manfaat kepada kita?
Beberapa kajian menunjukkan vitamin dan mineral tertentu dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 30 hingga 40 peratus malah dapat memperlahankan perkembangan penyakit tersebut. Vitamin juga membantu memperkuatkan sistem imun dan mereka yang mengambil vitamin dan mineral dipercayai mempunyai sistem imun yang lebih kuat. Sekiranya sistem imun kita lemah, kita akan terdedah kepada serangan berbagai-bagai penyakit dari dalam dan luar badan kita.
Jadi, pengambilan makanan kesihatan memberi manfaat kepada kita.
Janganlah pula anda tidak menjaga makanan anda dan mengharapkan
pemakanan tambahan melakukan keajaiban. Makanan kesihatan dapat
membantu mencegah penyakit walaupun anda mungkin memerlukan 6 bulan
untuk melihat keberkesanannya. Janganlah itu pula dijadikan alasan untuk tidak mengambilnya. Semakin awal anda bermula, semakin awal keberkesanannya.
Satu lagi cabaran ialah membantu sistem tubuh yang mula menurun. Apabila usia makin meningkat, kecekapan sistem tubuh kita tidak lagi seperti dulu. Sebagai contoh, perut kita tidak mempunyai cukup asid untuk membantu menyerap nutrien dari makanan. Ini bermakna sebanyak 40% dari nutrien dalam makanan tidak dapat diserap membuat kita kekurangan vitamin D, B6, B12, riboflavin, folat dan kalsium. Kebolehan sistem tubuh menyimpan nutrien juga menurun disebabkan oleh peratus lemak tubuh yang meningkat bersama umur.
Walaupun metabolisma membuatkan kita hidup dan sihat, ia juga menghasilkan sisa yang boleh membahayakan tubuh kita. Radikal bebas dan bahan lain yang terhasil dari proses metobolisma boleh merosakkan sel DNA dan membawa kepada banyak kesan umur tua. Kita memerlukan antioksida untuk melindungi diri dari serangan radikal bebas. Namun begitu, semakin meningkat usia, semakin susah untuk kita memperolehinya dari makanan harian. Jesteru kita perlu mengambil vitamin dan mineral tentu untuk memperolehi kesihatan
optimum.
Sebagai langkah berjaga-jaga, pastikan jumlah vitamin dan mineral yang diambil tidak melebihi had yang ditetapkan. Anda dinasihatkan untuk bertanya kepada doktor mengenai makanan kesihatan yang ingin diambil. Ini disebabkan terdapat beberapa makanan kesihatan yang tidak sesuai diambil bersama ubat-ubatan.
Disenaraikan beberapa tips untuk anda:
Elakkan multi-vitamin dengan formula "time release". Ketika sampai masa untuk hancur, ia mungkin terlalu jauh di dalam perut di mana penyerapan adalah lemah.
Simpan vitamin jauh dari tempat panas dan lembab
Ambil vitamin bersama makanan kerana beberapa nutrien memerlukan emak untuk berfungi. Jesteru mengambilnya bersama makanan rendah lemak adalah terbaik.
Semak tarikh "baik sebelum". Anda mungkin berjimat dengan membeli dalam kuantiti yang banyak, tetapi sebenarnya akan merugikan jika tidak dihabiskan sebelum tamat tempoh.
PENYEBAB UTAMA JERAWAT MUNCUL SEMASA HAMIL
Perlu diketahui bahawa jerawat yg muncul semasa hamil adalah kerana ketidakseimbangan hormon.
Kebiasaanya,Kadar hormon akan meningkat bermula pada trimester pertama Atau sekitar minggu ke 6.
Hormon kehamilan Punca terjadinya masalah kulit termasuk jerawat,kulit gelap Dan juga gatal2 pada kulit.
Hormon progesteron yang terhasil lebih banyak pada saat kehamilan menyebabkan kelenjar minyak akan menghasilkan minyak berlebihan yang mengakibatkan jerawat.Minyak yg berlebihan juga mengebabkan pori2 tersumbat seterusnya mengakibatkan jerawat.
CARA MENGATASI JERAWAT SAAT HAMIL
Sebenarnya jerawat pada masa kehamilan bukanlah menjadi suatu masalah kesihatan yang serius, dan hampir setiap wanita hamil mengalami hal yang sama.. Sebenarnya, jerawat dapat hilang dengan sendirinya setelah kadar hormon di dalam tubuh sudah kembali normal. Salah satu hal yang tepat untuk dilakukan dalam menangani masalah jerawat saat hamil sebetulnya adalah dengan membiarkannya begitu saja, serta membersihkan wajah secara teratur dan menghindari kotoran berlebih di wajah. Namun, banyak juga yang tergoda untuk menggunakan ubat jerawat. Perlu diketahui bahwa orang hamil tak boleh sembarang menggunakan ubat begitu saja karena akan mempengaruhi kondisi kesihatan janin.
PENGAMBILAN SUPPLEMENT MEMBANTU
Tahukah anda pengambilan supplement yang sesuai juga membantu mengurangkan keradangan pada kulit wajah ketika hamil.
Supplement seperti bcomplex,vit c membantu mencantikkan kulit IBU semasa hamil.ini kerana kandungan vitamin Dan minerals yg terdapat dalam supplement Ini berfungsi menghalang radikal bebas dan menjadikan kulit Sihat tanpa jerawat.
[PETUA KULIT KERING - masker tomato]
Selain pengambilan supplement yg bersesuaian..(utk kulit kering sy amalkan vit c +omega guard) ...
.
ni salah satu cara yg sy amalkan utk penjagaan kulit wajah secara luaran
Pagini breakfast sandwich ade extra tomato..so jgn dibuang if ade balance bole tepek kat muke..masker tomato sgt sesuai utk mereka yg ada masalah kulit kering mcm sy..sbb kandungan nutrisi yg terdpt dlm tomato dlm meningkatkan kelembapan kulit.
Cara2 membuat masker tomato
1) basuh bersih dan hancurkan tomato..ikut keperluan...if nk tepek berjemaah 1family gune je blender mudah sikit..;)
2)bole perahkan sedikit lemon jika mahu...sy xde stok lemon so xletak pon xper..lemon ni salah satu fungsi utk mencerahkan kulit
3) sapu rata pd wajah dan biarkan 20min mcm tu..kemudian bilas bersih
4)bole amalkan 2-3x seminggu...selamat mencuba
Bole share jika rasa ianya bermanfaat
Untuk sebarang pertanyaan mngenai produk shaklee bole terus hubungi saya
0193115284 (affa)😍
Ibu kepada 3 orang puteri .Pengedar Shaklee sejak 2013. Jatuh cinta dengan Shaklee sejak cuba set Berpantang sewaktu melahirkan anak ke3. #autismmom
XOXO