Saturday, August 9, 2014

Hand Dish Wash

Assalamulaikum & Morning ols..

Selain vitamins, shaklee juga ada pelbagai rangkaian produk pembersihan rumah.Antaranya pencuci pinggan mangkuk yg sgt best ni..testimonial sy sendiri...tgn sy mmg sensitif dgn sabun jenama AXIxx..KULIT AKAN KERING DAN MENGELUPAS..then tukarlah pd SUNXXXXX ...ok tapi cepat habis sbb buih sabun x tahan lama..lagi satu kalau basuh botol susu anak2 akan tinggalkan bau sabun...tapi dishwash shaklee mmg berbeza  bau yg harum dan fresh..kalo basuh botol anak2 xperlu dh rendam dgn air panas sbb xbertoksid..jimat sgt2...



Get Clean Dish Wash yg sgt best kerana:
• Lembut pada tangan
• Semulajadi, berasaskan tumbuh-tumbuhan
• Tahan lama kerana kepekatannya
• Menjadikan pinggan bersih berkilau
• Hanya beberapa titisan dapat mencuci timbunan pingan mangkuk di dalam sinki

Tahukah Anda?
Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua-dua kandungan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.

DishWash Concentrated tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Perbezaan Shaklee
★Selamat
★Tidak bertoksik
★Hipoalergenik
★Tanpa klorin
★Lembut pada tangan
★pH seimbang
★Tanpa bahan kimia berbahaya
★Amat berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
★Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
★Buih Sabun yang lebih tahan lama
★Mesra alam
★Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
★Tanpa fosfat
★Bungkusan boleh dikitar semula
★Tanpa bahan pewarna
★Selamat untuk sistem septik dan pembentungan






Continue Reading

Sunday, June 15, 2014

Produk Terbaru SHAKLEE - Phytocol ST

 Assalamualaikum & salam sejahtera..


Pada 7hb June 2014 shaklee telah melancarkan satu produk terbaru yg bakal menjadi antara hot produk shaklee. Memperkenalkan PHYTOCOL-ST yg dapat mengurangkan statistik 6juta penduduk Malaysia yg mengalami kadar kolesterol yang tinggi.

Apakah Kolesterol Tinggi

Kolesterol adalah bermaksud sejenis sterol yang muncul dalam aliran darah sebagai lemak. Apabila molekul hidrogen dan oksigen mula bergabung bersama-sama , mereka menjadi ysatu lemak yang dipanggil lipid. Jika tidak dirawat , lipid ini boleh menyebabkan beberapa penyakit yang serius dan mengancam nyawa manusia
Terdapat tiga jenis utama kepadatan lipoprotein dan ada termasuk kepadatan rendah (LDL ) yang sering menjadi punca utama penyakit koronari jantung, ketumpatan tinggi ( HDL) , dan ketumpatan perantaraan ( IDL ). Ujian kolesterol mudah boleh mengetahui yang kepadatan anda mengalami .

Tanda-tanda dan Gejala kolesterol Tinggi :

Apabila kolesterol tidak dikawal, akhirnya dia akan menjadi plak di dinding arteri manusia . Jika tidak dirawat, mengancam nyawa masalah kesihatan yang boleh menjadi isu. Berikut adakah tanda-tanda kolesterol tinggi jika tidak dirawat segera ;
• Masalah Pernafasan
• Sakit dada
• Pening
• Denyutan jantung yang tidak tetap
• Loya dan muntah-muntah
• Kebimbangan melampau
• Heartburn atau ketidakhadaman yang kerap
• Berpeluh dingin


 Rawatan yang boleh dilakukan

Gaya hidup yang sihat bukan sahaja dapat membantu untuk merawat kolesterol tinggi, tetapi ia juga boleh membantu untuk mencegah pembentukan berbahaya plak dalam arteri.
• Senaman yang kerap
• Elakkan makanan yang tinggi lemak tepu
• Had pengambilan alkohol
• Berhenti merokok
• Diet yang sihat yang kaya dengan bijirin penuh, dan serat semula jadi
• 6-8 jam tidur satu malam

** phytocol -st shaklee




PHYTOCOL-ST Shaklee adalah formulasi proprietari yang berasaskan bahan-bahan yang telah terbukti secara klinikal berkesan untuk penyekatan penyerapan kolesterol dan merendahkan paras kolesterol LDL

Kelebihan dan Keistimewaan Phytocol ST Shaklee.
  • Rumusan daripada beberapa jenis fitosterol asli yang aktif daripada tumbuhan, buahan, sayuran dan bijirin
  • Membekalkan 2,000 mg fitosterol tumbuhan setiap hari.
  • Fitosterol tumbuhan telah terbukti secara klinikal mampu mengurangkan paras kolesterol dalam lebih 80 kajian
  • Membekalkan 100% nilai fitosterol harian sepertimana disyorkan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
  • Tiada pengawet, pewarna, perisa atau pemanis tambahan.
Bagaimana Fitosterol bertindak
Dengan struktur yang sama seperti kolesterol, Fitosterol(berwarna hijau) bersaing dan akan mengalahkan kolesterol dalam penyerapan di dalam salur darah.Dengan pengambilan 1/2 jam sebelum makan dapat menghalang kolesterol LDL dr diserap oleh badan. Ini bermaksud apabila anda mengambil banyak fitosterol maka semakin kurang kolesterol yang akan di serap di dalam tubuh anda dan semakin tinggi untuk anda merendahkan paras kolesterol LDL anda. Sila lihat ilustrasi di bawah.





untuk lebih lanjut boleh terus berhubung dengan saya

 
Continue Reading

Thursday, June 12, 2014

Kenapa saya pilih SHAKLEE ?

Assalamualaikum  ols..

Semua pengedar shaklee ade ceritera masing2 macam mana boleh terjebak dlm biz shaklee ni...sama juga mcm sy..mai cek nak story..

Mcm mane sy boleh terjebak dgn biz shaklee??
Sy nk share sikit, dulu anak2 kerap keluar masuk hosp..setiap 2-3bulan wajib check in hosp..doc & nurses KSH pon naik jemu tgk muke kami..asik la berkampung di hosp..hehe..smpai satu masa sy terfikir,,why not sy cuba bg mereka supplement utk kuatkan imun sistem diorang.google punye google jumpelah info ttg mealshakes dr shaklee. Anak2 cuba utk sebulan..alhmdulillah bukan shj lebih kuat..tapi selera mkn makin bgus..xde masalah sembelit. .sejak dr tu mmg amalkn mealshakes aje lah..

Tak lama lepas tu bersalin pulak anak ke 3...sebelum2 ni mmg guna set bersalin tradisional..last2 xmkn pon..perap je dlm almari..habes  beratus-ratus juga..
kebetulan my senior masa sekolah (master fazliana) pm sy cerita pasal shaklee lah..mule2 tu x berapa minat sgt sbb ramai juga member2 yg recommend shaklee..entah kenape magnet master fazliana ni mmg kuat semacam..huhu..sy buat research sendiri ...set bersalin yg paling ngetop n paling best....last2 terpakse akur dgn shaklee..sy pm master fazliana bgtahu nk beli set bersalin + modal rm75 tu...alang2 masuk ahli sekali..huhuhu
Semakin hari makin ramai pulak yg bertanya...sejak sy share di fb..di fanpage..di blog..alhamdulillah. ..bulan 8 2013 sy jadi supervisor...berkat bimbingan master fazliana juga...nak tahu ape rahsia???
Kene rajin2 chit chat ngan upline(jumpe mmg xpernah..wasap je)..ape yg xtahu tyer...smpai kan 2-3 pagi pon sy kacau die..set resdung ape kak?? Set gout ape die??..mmg cabaran mule2 nak daki 6 steps dulu...skarang alhmdulillah ..target utk naik rank+car bonus..
walaupon lambat sedikit dsbbkan komitment pd anak2..tapi semua xmustahil..yg penting azam!!matlamat!!
♥Nak bantu org lain lebih sihat!!
♥nak.bantu org lain lebih kaya+berjaya
♥nak banyakkan sedekah +zakat
♥nak hantar parents buat umrah

InsyaAllah ..sekian
Continue Reading

Tuesday, May 20, 2014

Sunday, March 30, 2014

Set Kesuburan Suami & Isteri

Assalamualaikum & slmat pg.

Setiap pasangan yg berkahwin pasti ingin memiliki zuriat mereka sendiri..Jika masih tidak hamil selepas setahun berkahwin,dinasihatkan suami & isteri berjumpa pakar untuk mengenalpasti punca ketidaksuburan.

Pada masa yg sama , anda boleh mencari alternative lain iaitu dengan mengamalkan makanan tambahan/ supplement yg dapat menstabilkan hormon(isteri)& meningkatkan keupayaan sperma(suami).Ramai yg telah berjaya hamil dgn set kesuburan shaklee..usaha ...usaha..dan usaha..cuba shaklee juga merupakan salah satu usaha.


Mengapa Set Kesuburan Shaklee?
  • Set ini memperbaiki kebolehan seksual lelaki. Juga meningkatkan nafsu seks.
  • Menyeimbangkan hormon bagi wanita.
  • Memberi kesihatan kepada sistem reproduktif. Ini sangat penting untuk pembentukan janin ketika hamil.
  • Meningkatkan kiraan sperma.
  • Memanjangkan hayat sperma apabila dilepaskan.
  • Tingkatkan motiliti sperma dan halang sperma dari bergumpal.
  • Tambahkan hormon estrogen bagi isteri dan testosterone bagi suami.
  • Kehidupan di atas katil lebih hangat dan mesra.

Bagaimana Set Kesuburan Shaklee Membantu Hamil?

Set ini mengandungi multivitamin dan multimineral yang berasaskan bahan semulajadi. Merut kajian Harvard Medical School, tahap kesuburan boleh ditingkatkan dengan mengambil multivitamin dan multimineral.

Hal ini juga telah disahkan oleh Pakar Oncology Malaysia, Dr Hamid Arshad melalui Facebook beliau:

"Nasihat untuk mereka yang berusaha mendapatkan zuriat. Selepas buat ujian-ujian kesuburan untuk kedua suami isteri dan selepas buat pembedahan untuk membunag cyst/fibroid atau lain-lain. Tumpukan masa untuk berdoa, berusaha kuruskan berat badan dengan dieting, buat exercise 30 minit setiap hari. Makan supplemen-supplemen multivitamin, Vitamin E, Vitamin C, Folic, tenangkan jiwa dan emosi. Jangan tergesa-gesa nak buat ini dan itu. Setiap rawatan perlu 3 hingga 6 bulan untuk lihat keberkesanan"

set kesuburan shaklee, cara cepat hamil, masalah kesuburan lelaki, punca haid tak teratur, cara banyakkan air mani, kelebihan GLA Shaklee, kelebihan zinc shaklee, asid folik untuk mengandung, tips cepat hamil, tips nak mengandung


Jom kita lihat bagaimana setiap satu multivitamin dan multimineral Shaklee membantu tingkatkan kesuburan. 
 


  • Vita Lea
Penting bagi membekalkan dan menyeimbangkan keperluan nutrisi dalam dalam. Oleh kerana gaya hidup yang sibuk, pemakanan yang tak sihat. Semua ini sebab kita hilang atau tak langsung menikmati nutrisi penting sehari-hari. Jika badan dilengkapi dengan semua vitamin dan mineral. Pastinya badan akan lebih cekap berfungsi.

  • B Complex
Bagi suami, B Complex penting untuk menjana tenaga. Paling penting B Complex bersifat anti stress. Jadi suami atau isteri lebih menikmati masa 'bersama'. Bagi isteri pula, amat penting mengambil B Complex untuk merancang kehamilan. Kandungan asid folik di dalamnya diperlukan untuk elak risiko spina bifida pada bayi (pembentukan tulang belakang yang tak sempurna). 

  • Vita C
Memilili tinggi kandungan anti oksidan yang tinggi untuk hapuskan radikal bebas di dalam badan. Bertindak menghalang sperma dari bergumpal. Juga menjadikan salur darah lembut, mengembang dan bantu mengalirkan lebih banyak darah. Ini bagi bagi lelaki yang mengalami masalah mati pucuk.


  • ALFALFA
Ini paling penting untuk isteri/wanita. Bertindak seperti kacip fatimah. Juga merawat masalah-masalah 'Miss V' (organ reproduktif wanita) seperti keputihan, kegatalan dan sebagainya.


  • GLA COMPLEX
Penting untuk isteri bagi menghasilkan 'cecair kesuburan'. Cairan ini membantu memberi ruang untuk sperma terus hidup di dalam tiub fallopio hingga lima hari. Selain itu, GLA berfungsi memberi keseimbangan hormon yang memberi kesan pusingan period yang tetap dan kurangkan kesakitan ketika datang bulan. Juga membantu mengecutkan cyst jika ada.




  • VITAMIN E
Bagi meningkatkan kualiti sperma. Vita E sangat membantu. Menambah kiraan atau bilangan sperma. Juga tingkat kebolehan reproduktif bagi suami. Ia juga membantu melahirkan rasa 'bersemangat' untuk bersama pasangan masing-masing.


  • ZINC COMPLEX
Ini khas untuk suami. Mempertingkatkan kualiti sperma. Juga menambah kepekatan dan kekuatan sperma. Bertindak meransang perbentukan hormon testosterone juga menambah jumlah bilangan sperma.

  • COQHEALTH PLUS
Meningkatkan Kesuburan Wanita 
Terdapat dua kemungkinan utama kepada hubungan CoQ10 untuk kesuburan. Salah satu faktor yang boleh menjadi pergantungan utama telur wanita pada CoQ10 ialah untuk tenaga. Proses pengeluaran telur, ovulasi dan pemkembangan embrio di kalangan wanita mengambil sejumlah besar tenaga dan memerlukan tahap CoQ10, yang terlibat dalam pengeluaran ATP yang juga merupakan sumber utama tenaga untuk penguncupan otot dan pengeluaran protein.

Semakin meningkat usia kita, badan kita menghasilkan kurang CoQ10 sekali gus menjejaskan kesuburan kita. Teori ini disokong oleh penemuan positif dalam penyelidikan Kanada yang dijalankan pada tahun 2009 telah menunjukkan subjek kumpulan ujian diberikan suplemen CoQ10 menghasilkan lebih banyak dan lebih baik telur yang berkualiti, mencatatkan kadar kehamilan yang lebih tinggi dan kelahiran  anak-anak yang lebih ramai daripada orang-orang yang tidak menerima CoQ10.
semakin meningkat usia, CoQ10 semakin kurang dihasilkan
Meningkatkan Kesuburan Lelaki
Kesuburan lelaki juga dipengaruhi oleh fungsi mitokondria menurun sejak protein membentuk sebahagian besar sel-sel sperma dan bergantung kepada CoQ10 untuk sintesis.

Kajian menunjukkan bahawa punca utama kemandulan lelaki termasuk jumlah sperma yang rendah dan kualiti sperma yang kurang. Mempunyai ciri-ciri antioksidan yang kuat untuk menangani masalah-masalah ini adalah satu lagi faktor yang menjadikan CoQ10 bermanfaat untuk kesuburan. Fungsi antioksida adalah melindungi telur dan sel sperma daripada kerosakan oksidatif yang membawa kepada kematian sel. 

Ini adalah salah satu bidang yang mempunyai lebih banyak penyelidikan diselesaikan setakat ini, dengan keputusan yang menunjukkan hubungan langsung antara tahap yang lebih tinggi CoQ10 dan peningkatan yang ketara dalam kedua-dua air mani dan sel sperma, serta peningkatan dalam pergerakan sperma.

Sebagai antioksidan, CoQ10 bertindak melawan radikal bebas yang terbukti berbahaya kepada kesuburan lelaki. Mengurangkan tahap tekanan oksidatif dengan mewujudkan persekitaran yang sihat untuk meningkatkan jumlah sperma dan kualiti sperma.

Kombinasi vitamin dan mineral Set Kesuburan Shaklee akan beri harapan kepada suami isteri untuk memiliki cahaya mata.
Continue Reading

Tuesday, February 25, 2014

Panduan kuruskan badan

Assalamualaikum & morning..

Entry kali berkait rapat dengan cita2 sy setelah ade anak 3 ni..hehe..tgh berusaha walaupon kadang2 terbabas sbb kadangkala craving tahap gaban.Pagi ni terbaca entry blog Pakar kesuburan Doc.Hamit Arshat...macam best je..macam nak cuba je..huhu..slow2 and make it happen..insyaAllah..caiyuk3


PANDUAN KURUSKAN BADAN-Dr.Hamit Arshat
http://hamidarshat6.blogspot.com/2013/10/panduan-kuruskan-badan.html?m=0

Pengalaman Dr.Hamit merawat pesakit2 yang gemok/ obesity memang agak menghampakan kerana hampir 90% gagal menurunkan berat badan. Jika mereka turun sedikit berat akan naik baik ketahap asal atau melebihinya. Dr.Hamit akan berikan ubat adipex yang berkesan mengawal selera yang dimakan waktu sarapan pagi , perlu diingat ubat2 saperti adipex hanya boleh diamalkan selama 3 bulan sahaja dan jangan terlalu bergantung kepadanya. Disamping itu Doc. akan menasihatkan tentang kawalan makanan khususnya yang mengandungi gula dan karbihaidret saperti nasi , roti, mee, kueh2, donut, biskut dan makanan junk. Tekankan tentang exercuse, berjalan kaki , atau berkebun, atau basuh kereta atau bersih rumah selama 30 minit setiap hari.


1. Habiskan makan selama 20 minit. Konyah perlahan2 sampai makanan jadi lumat sebelum ditelan. Tempoh 20 minit untuk otak dapat signal perut sudah kenyang.

2. Lebihkan tidur satu jam dari biasa. Kurang tidur boleh menjadi lapar dan selera makan meningkat dan makanan2 sampingan menyumbang kepada kenaikkan berat badan.

3. Cuba hidangkan 3 jenis sayuran untuk makan malam, hidangkan juga buah2. Masak sayur sekejap , suhu rendah dan kurangkan guna minyak. Sayur dan buah2 mengandungi banyak fiber , vitamin dan antioksiden serta kurang kalori yang menggemokkan .

4. Mulakan makan dengan buah2 diikuti soup sayur dan mushroom. Ia boleh mengeyangkan tanpa mengemokkan. Buat sendiri air stok ayam, daging atau ikan bilis untuk sup.

5. Jauhkan makan bergula dan yang dibuat dari tepung gandum. Makan 'whole grain' wheat. oat, barley dan brown rice.

6. Jauhkan fast foods, kentang goreng, deep fried chicken, burger, hot dog, nuggets.

7. Jauhkan semua jenis minuman soda, fizzy drink, soft drink dan juice dalam botol atau dalam kotak kerana terlalu banyak mengandungi  gula dan manisan.

8. Minum Teh hijau, ia mempunyai banyak khasiat kerana kandungan catechins dalam teh.

9. Makan dirumah dengan masakan sendiri sekurang2nya 5 kali dalam seminggu. Banyak faedah masak sendiri, boleh kawal kualiti dengan memilih makanan berzat dan berkhasiat, kurangkan belanja.

10. Amalkan 'berhenti rehat seketika waktu tengah makan' . Masa itu ia akan berasa kenyang.

11.  Amalkan kunyah 'chewing gum' ketika menonton TV atau  ketika melayari internet, ia bertujuan untuk mencegah dari makan junk foods. Orang gemuk kadangkala makan sedikit dihadapan orang lain tetapi dibelakang, atau senyap2 dia ulang makan.

12. Gunakan pinggan kecil (10') menggantikan pinggan besar (12') untuk mengurangkan muatan makanan yang diambil.

13. Bila makan direstoran, kongsi hidangan, order saiz makanan untuk kanak2, bungkus tapau separuh hidangan sebelum mula makan.

14. Bila rasa lapar dan menggeletar atau 'craving' makan segenggam campuran kacang almond, gajus dan peanuts dan minum air mineral. Orang gemok sering ketageh atau 'craving' makanan yang manis. Makan buah2 atau kacang2 waktu ketageh jauhkan segala makanan manis dan karbohaidret.

15. Berjalan 30 minit sejauh 2 - 3 km, atau cabut rumput rumpai dihalaman rumah, bersihkan kereta atau dalam rumah.

Sekian..sebarang pertanyaan atau perkongsian sila hubungi sy



Continue Reading

Monday, February 24, 2014

Petua cirit-birit di kalangan bayi


Assalamualaikum & Morning ols

Apa yg anda rasa ketika cirit birit & muntah2 selepas keracunan makanan?? Mesti lemau satu badan,tak larat nak berdiri,asik keluar masuk toilet..itu apa yg kita org dewasa ni rasa..Cuba bayangkan kalau bayi/anak anda yg masih kecil mengalami masalah cirit -birit...kesian giler..dalam hati "biarlah ummi yg kene cirit birit,xsanggup nk tgk bby merengek sakit.

Baru2 ni travel ke KL..hari ke-3 tibe2 si kecik Safiya demam + berak2 lebih 5x..terus suspect salah makan sbb dah 3 hari mkn luar..Perut baru setahun jagung,masuk makanan pelik2 termasuk la ummi nye..disebabkan safiya masih BF terkena juga la tempias..3hari cirit-birit berlarutan..

Sape yg x gabra anak cirit birit..ok tenangkan diri..ambil langkah:
*ummi ambil 3bji omega
* Bby Safiya minum PD-performance drink sekerap mungkin utk elak dehidrasi (4oz -2x sehari)
*Ummi ambil 1sachet nutriferon dan kerapkan BF bby
*Herbal blend -sy sapukan pd punggung nye yg merah tu

Alhamdulillah mmg perubahan ketara..hari ke 4 die cirit birit baru dpt ambil supplement seperti di atas..sbb lupe nk bawak g KL..hari ke -5 segar bugar dh...xde lagi cirit-birit..selera makan pon dh OK =)

Jom kita baca lebih details Punca & cara2 atasi cirit-birit di kalangan bayi ..bile terkena batang hidung barulah rajin nak google..huhu




Posted in KOLEKSI PETUA TRADISIONAL

 

Cara atasi cirit-birit

 

 

KEADAAN kanak-kanak yang mengalami cirit-birit memang menyedihkan. Keadaan ini bukan saja membuat si kecil berasa tidak sihat dan kurang selesa, malah hilang selera makan yang boleh menyebabkan berat badan susut mendadak.
Masalah ini menjadi antara punca utama kematian bayi dan kanak-kanak kecil di seluruh dunia, terutama di negara miskin. Bahkan masalah cirit-birit juga dikaitkan dengan banyak faktor seperti kekurangan zat, kemiskinan dan kebersihan.
Walaupun masalah biasa, cirit-birit pada kanak-kanak kecil tidak boleh dipandang ringan kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi seperti kekurangan air, keradangan paru-paru (pneumonia) dan pereputan tisu akibat bakteria (sepsis).
Bayi yang mengalami cirit-birit mungkin muntah terlebih dulu sebelum cirit. Apabila kanak-kanak mengalami cirit-birit, najis dikeluarkan adalah lembut dan mengandungi banyak air.
Dua keadaan ini menyebabkan bayi atau kanak-kanak kecil cepat mengalami masalah kekurangan air (dehidrasi) yang boleh berlaku dalam masa beberapa jam saja.
Keadaan ini lazimnya berpunca daripada jangkitan bakteria (E coli, Shigella, Salmonella, Campylobacter); virus (Rotavirus) yang mengakibatkan masalah kekurangan air (kekeringan atau dehidrasi) pada pesakit kecil ini, kata Perunding Paediatrik dan Penyakit Berjangkit, Institut Paediatrik Hospital Kuala Lumpur, Dr Kamarul Azahar Mohd Razali.
Cirit-birit boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu: 1. Cirit-birit akut — Iaitu cirit-birit yang berlaku sekejap. Biasanya mengambil masa tiga hingga lima hari dan menyebabkan pesakit menjadi lemah. Kuman penyebab cirit-birit ini boleh berjangkit jika penjaga kurang menitikberatkan aspek kebersihan sepanjang masalah berlaku. Ia disebabkan oleh:
Bakteria (E coli enterotoksigenik atau ETEC; cholerae, Shigella, Salmonella)
Virus (Rotavirus)
Parasit (Crytosporidium, Cyclospora) 2. Cirit-birit berpanjangan atau kronik — Masalah ini berlanjutan sekurang-kurangnya dua minggu. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan atau punca yang tiada kaitan dengan jangkitan seperti masalah pada sistem penghadaman kanak-kanak. Antara punca cirit-birit jenis ini ialah: a. Jangkitan
Bakteria (Salmonella spp, Campylobac spp, Yersenia spp, Enteroadhrnt)
Protozoa iaitu mikroorganisma satu sel (Giardia lamblia, Cryptosporidium, Cylospora, entamoeba)
Cacing parasit (Strongyloides, Schistosoma, Capillaria) b. Bukan jangkitan
l Masalah pemakanan (tidak toleran laktosa, cirit-birit osmotik)
Masalah usus-gastro (penyakit Chron’s, ulser kolitis, pertumbuhan berlebihan bakteria dalam usus, penyakit Celiac) Cirit-birit yang disertai muntah akan membuatkan kanak-kanak lebih cepat mengalami masalah kekeringan dan kekurangan elektrolit seperti natrium dan potasium yang diperlukan tisu untuk berfungsi dengan baik.
Ini sebabnya ibu bapa perlu memberi lebih perhatian pada perubahan keadaan anak. Namun, yang lebih baik ialah segera membawa anak ke klinik berhampiran jika masalah cirit-birit berlanjutan melebihi 24 jam.
Doktor akan memastikan tahap kekeringan anak anda dengan memerhatikan beberapa tanda. Bayi yang alami kekeringan tahap rendah (kurang lima peratus) jarang menunjukkan tanda jelas.
Apabila tahap kekeringan mencapai lima hingga 10 peratus, antara tanda yang boleh dilihat ialah mata tenggelam, ubun-ubun kelihatan turun, kulit menjadi kendur, bayi mengantuk dan kurang buang air kecil.
Tanda bagi tahap kekeringan serius (melebihi 10 peratus) ialah bayi kelihatan tidak sedarkan diri, kulit kendur dan sejuk, ubun-ubun dan mata tenggelam serta lembik dan ringan apabila bayi diangkat. Jangan tunggu hingga bayi menunjukkan tanda ini kerana ia boleh membawa maut.
Menurut Dr Kamarul, bagi cirit-birit akut, rawatan pertama ialah mengembalikan cecair badan yang hilang sama ada melalui minum air atau cecair isotonik mahupun larutan garam rehidrasi (ORS).
Larutan garam ini boleh dibeli di klinik atau mana-mana farmasi. Cara penyediaannya mudah, hanya patuhi arahan pada label supaya anak mendapat sukatan betul.
Walaupun anak kerap buang air, dia masih boleh minum walaupun sedikit. Jadi berikan air, minuman isotonik atau larutan garam rehidrasi dengan kerap.
Antibiotik jarang diberi untuk kes cirit-birit akut kecuali dalam kes tertentu kerana masalah biasanya berakhir dalam masa tiga hingga lima hari.
“Malah, ada kalanya antibiotik itu sendiri boleh menyebabkan cirit-birit, contohnya Clindamysin atau penisilin (yang digunakan secara meluas bagi merawat jangkitan bakteria). Masalah cirit-birit akibat antibiotik biasanya bermula empat hingga sembilan hari selepas pengambilan ubat.
“Biasanya doktor akan mengesyaki kes cirit-birit akibat antibiotik jika ia berlaku pada pesakit kanak-kanak di hospital apabila najis mereka mengandungi darah.
“Najis pesakit juga kurang berair atau berlendir kehijauan. Mereka juga mungkin demam panas dan keadaan pesakit akan dipantau rapi,” katanya pada Seminar Kesihatan Tahunan Pertama anjuran Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Apa perlu dilakukan? Dr Kamarul menasihatkan supaya memberi anak minum banyak air, minuman isotonik atau larutan garam rehidrasi.
Beri dalam kuantiti sedikit tetapi kerap. Kaedah ini penting untuk mengelak masalah kekurangan air dan elektrolit badan.
Anda boleh memberi anak minum jus buah, air kelapa atau teh O yang dicampur sedikit madu. Berikan susu badan dengan lebih kerap.
Ubah pemakanan anak buat sementara waktu dengan memberinya makanan lembut seperti bubur, susu tanpa laktosa, bijirin, yogurt, buah-buahan seperti pisang dan sayur celur.
Jika di rumah tiada makanan seperti disaran di atas, anda boleh mencuba petua ini untuk menghentikan masalah cirit-birit si kecil.
Beri air rebusan nasi kepada anak. Cara menyediakannya mudah, masak nasi sehingga menjadi bubur dan ambil airnya. Sejukkan air ini (atau sehingga suam) dan berikannya kepada anak anda.
Yang menarik, saintis Singapura menjalankan kajian ke atas petua lama ini dan ia terbukti berkesan. Pada masa sama, pastikan anda sentiasa menjaga kebersihan dengan mencuci tangan sekerap mungkin selepas menukar lampin anak. Bersihkan juga lapik yang digunakan ketika menukar lampin.
Untuk mengelak dubur bayi menjadi merah dan rengsa, lap secara perlahan-lahan dengan menekap tuala lembut di bahagian berkenaan. Jika perlu, sapukan krim atau jeli petroleum dan mandikan anak dengan air suam.

Untuk lebih lanjut/sharing boleh hubungi sy

Continue Reading

Monday, February 17, 2014

5 fakta sosej/hot dog

Assalamualaikum & morning ols..

Pagi ni scroll2 news feed terbaca fakta mengenai sosej..jom baca~

Credit to: fanpage Tanya Doktor Pakar Wanita




5 Kebenaran Tentang Sosej' ini :
Ramai yang tak tahu ttg kebenaran ini, ia perlu didedahkan dan disebarkan. Sosej adalah kebanyakkan kanak-kanak suka, hatta ibu dan ayah juga!


1) Mengandungi Bahan-Bahan kimia 'deadly' Dangerous seperti :

- Nitrite
- Heterocyclic Amines (HCAs)
- Starch
- Various types of meat!
- High Salts
- High Fructose Syrup
- High MSG
- Artificial colouring ( Supaya warna hot dog jadi pinkish!)
- Perservatives

2) 7000 kajian saintifik telah membuktikan bahawa Sosej yang mengandungi bahan-bahan di atas sangat berkait rapat dengan Kanser!

3) Kanak-kanak yang makan > 12 batang Sosej sebulan mempunyai risiko 9 kali lebih tinggi untuk mendapat Leukaemia.

4) Ibu mengandung yang makan Sosej >1 batang Hot dog setiap minggu akan meningkatkan risiko bayi untuk mendapat Barah otak!

5) Sosej meningkatkan risiko Kanser :

Kanser Usus - 50%
Kanser Pundi Kencing - 59%
Kanser Perut - 38%
Pankreas - 67%

Ini bukan Fakta yang di reka - Tapi adalah Fakta sebenar yang menunjukkan betapa pengguna di manipulasi oleh Food Industries!

Kesimpulannya..processed food..fast food mmg xbagus... 
JOM SEBARKAN..
Continue Reading

Sunday, February 16, 2014

Set Sendi

Assalamulaikum & selamat pagi.

Muda2 dah sakit lutut?sakit belakang? Kenape boleh terjadi?

Jom kita baca lebih lanjut apa itu sakit sendi.

Penyakit sendi dikenali sebagai osteoarthritis. Sakit sendi ini berlaku apabila tulang rawan yang membentuk permukaan sendi menjadi haus. Apabila permukaan sendi haus, ia mendorong sendi menjadi bengkak dan kebas.


Bahagian sendi yang akan memberikan kesan biasanya pada bahagian lutut. Oleh sebab itu kita dapat lihat segelintir masyarakat di Malaysia, akan mengalami sakit lutut yang serius apabila mencapai tahap umur yang tertentu.
Isu ini adalah serius kerana kita menggunakan lutut setiap hari. Antara aktiviti yang melibatkan penggunaan lutut adalah:
  1. Berjalan.
  2. Duduk.
  3. Berlari.
Selain Lutut ,tulang belakang juga tidak terkecuali dr mengalami sakit sendi.Penyebab utama sakit belakang yang kronik ini ialah sakit sendi faset, cakera tergelincir (slipped disc), tulang belakang tersumbat (spinal stenosis), sakit discogenic, sakit sendi pinggul (sacroiliac joint) dan lain-lain.

 Anda Berada Dalam Golongan yang Mana?
Pentingnya untuk kita tahu, adakah kita tergolong dalam individu yang bakal menerima sakit sendi ini?
Ini kerana pencegahan peringkat awal boleh dilakukan sebaik sahaja kita mengenal pasti kesihatan diri. Perkara ini yang jarang diambil berat oleh kebanyakan masyarakat di Malaysia.
Mereka hanya bertindak selepas menerima jangkitan, bukan sebaliknya. Tabiat ini perlu diubah jika kita mahu sentiasa berada di landasan kehidupan yang sihat dan cergas.
Berikut adalah 5 golongan yang berisiko tinggi menghadapi osteoarthritis (sakit sendi):
  1. Pemain bola sepak atau aktiviti sukan yang melibatkan penggunaan lutut yang banyak (ragbi dan sebagainya).
  2. Individu yang mengalami obesiti.
  3. Individu yang mempunyai lemah otot peha sejak dari kecil.
  4. Individu yang sudah berusia.
  5. Individu yang sering mengangkat barang-barang yang sangat berat.

Set sendi shaklee


Set sendi shaklee

Kaedah 1 : Mengekalkan tulang rawan yang sihat

Advanced Joint Health Tablet memberikan manfaat kepada sendi dalam tiga cara :
 (i) menyokong keselesaan sendi
 (ii) memelihara tisu penyambung yang sihat 
 (iii) meningkatkan kesan kusyen

Kaedah 2 : Mengurangkan inflamasi

Omega Guard Shaklee adalah omega3 yang melambatkan degradasi tulang rawan. ia boleh mengurangkan reaksi keradangan dalam sendi-sendi..jadi ia boleh membantu mengurangkan gejala-gejala dalam penyakit sendi. omeg- juga bertindak sebagai pelincir. ia membantu kita untuk bergerak dengan lebih bebas.Kajian terkini menunjukkan penga mbilan asid lemak omega 3 bersama glukosamina dapat meningkat kankesihatan sendi daripada mengambil glukosamina sahaja.

Kaedah 3 : Mengekalkan sel tulang yang sihat

Ostematrix Kalsium penting untuk kesihatan tulang, otot dan ligamen. Magnesium pula diperlukan untuk mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang dengan mencegah pembentukan kalsium dalam tisu-tisu lembut dan sendi-sendi. Ramai orang mengambil terlalu banyak kalsium tetapi tidak cukup magnesium. Kajian menunjukkan pengambilan kalsium berlebihan bukan sahaja membantu menguatkan tulang temulang tatapi juga membantu mengurangkan gejala osteoarthritis.

Untuk lebih lanjut



Continue Reading

Saturday, February 8, 2014

Set kesihatan lelaki

Assalamualaikum & slmt ptg..

Petang2 gini dpt idea nk create new entry utk set kesihatan lelaki..Disebabkan my husband sendiri dah mencuba 4 drpd 5 produk berikut (kecuali vit e..coming soon..hihi). .ternyata memberi impak positif dr segi stamina..alahan dll.nak cerita lebih boleh sms/wasap no di bawah.

Majalah I-sihat July 2013


Lelaki juga tidak terkecuali dalam menghadapi pelbagai masalah penyakit kronik seperti penyakit jantung, penyakit kencing manis, obesiti, strok, dll. Ada juga di antara mereka yang mengalami perubahan hormon seawal 30 tahun (consider muda lagi nih) yang membawa kepada masalah kesihatan yang rumit dalam hidup mereka seperti :

  • Mati pucuk
  • Pembesaran prostat
  • Kelesuan
  • Kurang tenaga & stamina

Berikut merupakan produk2 yg sesuai utk kaum adam...wanita pon boleh join share dgn en.asben..no problem.Untuk yg belum kawin share dgn your mom =)




Omega Guard
Kandungan Omega-3 membantu perembesan prostaglandin dengan lebih berkesan untuk menghalang prostetomegaly dan membuang air kecil yang timbul daripada punca andropos.
Kandungan yang tinggi DHA dan EPA pula dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung yang biasanya dialami oleh kaum lelaki

Vitamin E complex
Vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Para lelaki yang mengambil 600IU~800IU vitamin E sehari mampu meningkatkan mobiliti sperma dan morologi.
Kandungan Vitamin E yang asli membantu meningkatkan kesuburan dengan megurangkan radikal bebas yang merosakkan sperma.

CoQHealth Plus
 CoQHealth Plus membantu dalam memberikan tenaga untuk kaum lelaki.Kandungan Vitamin E yang terkandung di dalam CoQHealth Plus juga turut membantu peningkatan dalam jumlah sperma dan membantu kesuburan lelaki.
Yang paling utama adalah ianya sangat baik untuk kesihatan jantung. 

Zinc complex
Zinc merupakan zat yang sangat penting bagi proses pembentukkan hormon testosterone dan memberikan tenaga untuk sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Selain itu, zink berperanan dalam proses pembentukan genetik, iaitu pada DNA (Deoxyribose nucleid Acid).


Vivix 
Selain menangani masalah keradangan dan penyakit jantung, Vivix juga baik dalam mencegah kanser prostat. Dan yang paling utama dapat menjaga kesihatan menyeluruh.




Untuk.lebih lanjut

Continue Reading